www.diszaleyza.blogspot.com

Wednesday, 17 October 2012


Selesaikan masalah komputer yang asyik restart dalam Safe Mode

Jika komputer anda asyik restart dalam Safe Mode dan anda tidak tahu apa sebabnya, anda boleh membaikinya kembali dengan mudah, ikuti langkah di bawah:
1. Klik pada Start Menu, dan taip Run.
2. Taip msconfig dan klik OK.
Taip 'msconfig' ke dalam kotak Run
3. Pada tab Boot, kosongkan kotak “Safe boot” dan klik OK.
Buang tanda pada kotak 'Safe boot'
Restart komputer anda dan Windows akan masuk kembali seperti biasa, tanpa Safe Mode.

Bagaimana nak cari dan pasang sarikata bagi fail video

Saya ni rabun telinga orangnya, jadi bila menonton filem Inggeris di komputer, terkebil-kebillah saya cuba memahami apa yang dibualkan. Sebab itu perkara pertama yang saya buat apabila selesai download cerita wayang dari Internet, adalah mencari sarikatanya.
Sarikata ini boleh anda download dengan mudah. Contohnya, saya taipkan “Yes Man subtitle” dan enjin carian akan memaparkan pelbagai link. Pilih mana-mana link dan teruskan download (laman kegemaran saya adalah Subscene).
Fail yang anda download biasanya adalah dalam bentuk .zip. Buka fail ini untuk mendapatkan fail .srt, kemudian letakkan fail .srt tersebut ke dalam folder yang sama dengan fail video. Pastikan nama kedua-dua fail itu juga sama.
Gunakan pemain video seperti VLC bagi membolehkan sarikata ini dipadankan dengan fail video. Selamat menonton!

Ketahui password yang disimpan pada web browser anda

webpass
Sejauh manakah selamatnya username dan password yang anda telah simpan pada web browser anda?
Dengan WebBrowserPassView, anda boleh mendapatkan username dan password yang telah disimpan pada Internet Explorer, Chrome, Firefox, dan Opera. Anda boleh eksport kesemua maklumat tersebut ke dalam bentuk teks ataupun HTML.
Jika disalahgunakan, sesiapa saja boleh menggunakan software ini untuk memecah masuk akaun anda jika anda biarkan komputer terdedah tanpa password. Jadi ingat, sentiasa pastikan sekuriti komputer anda terjaga, atau gunakan software lain untuk mengisi password seperti 1Password, KeePass, ataupun LastPass.

nervous day

Hari ni baru je lepas lulus test JPJ..hee lama giler tangguh..balik dr test je hampir2 terlanggar moto india..
elok2 la aq nk g jalan straight..trpaksa belok kanan..sedih giler kna ikut jalan yg byk lori besar2
ap pon still happy..sbb lpas ni xyah takut road block lg.hehe